Mar 14, 2013

Thankyou Allah


Hai hai hai.
Semua sihat ke ni? Alololo, kesian dia. Tak sihat eh? Kalau tak sihat, pergilah makan ubat. Takkan nak kena tunggu disuapkan kot. Erk.............
Hahaha, just joking okay! Saya hanya bergurau. Pandai pandailah jaga diri sendiri nah? Alololo
Ehh guys. Guess what? Next week ja weh result SPM nak keluar. Tapi bagi aku, orang yang ambil STPM lagi dupdapdupdap kot. Gila la, hari isnin ni. Hari ni dah hari khamis, esok lusa tulat tulut ja dah hari Isnin. OhMyAllahh! OhMyAllah! OhMyAllah! Hari Rabu! Rabu bersamaan dengan 20 Mac 2012 bersamaan dengan hari pelepasan SPM. Haaa, ingat lagi waktu nak ambil result PMR, tudiaaa aku punya la teriak pagi tu. Teriak pagi pagi sebab terlalu takot nak tengok result nanti. Hanya Allah saja yang tau. Hanya Allah. Tapi untuk apa? Benda dah keluar, kalau nangis pun takda guna dah. Sepatutnya sebelum tu la aku kena nangis memohon pada-Nya tapi aku buat apa? Hahaha, bodohnya aku dulu. Angkuh! Yakin sangat aku boleh dapat straight A's, tapi apa pun Alhamdulilah syukur sangat. Aku dapat jugak keputusan yang bagi aku Alhamdulilah. Yang aku risau sekarang, apakah keputusan yang aku akan dapat nanti sama macam PMR atau lebih teruk? Tu yang aku khuatir. SPM penentu arah hidup aku. Memang ada sesetengah cakap yang SPM tak semestinya penentu hidup, ada yang tak dapat straight A's tapi boleh berjaya. Ya, aku mengaku hal tu tapi bagi aku dengan mendapat keputusan SPM yang cemerlang , insyaAllah dia akan membuka mata dan hati aku untuk lebih maju dan terus untuk berjaya dan sebagai pembakar semangat untuk terus menggapai cita cita aku tapi yang pasti aku taknak lalai dan lupakan yang Maha Pencipta lagi macam dulu. Aku malu. Sangat malu. Dulu, aku teruk. Tapi sekarang aku taknak dah macam tu. InsyaAllah. 

Tadi aku keluar dengan bff , Nor Salshabilla namanya. Thankyou sebab belanja ais kacang tadi! Dia dah banyak berubah. Dia dah lebih matang sikit dari dulu, hehehe. Tak kisah la dia berubah ke arah kebaikan atau keburukan , itu hak dia. Bagi aku, dia dh cukup besar untuk pilih cara hidup dia. Apa yang penting  sekarang, aku taknak mengkritik orang sebab takot benda tu akan jadi balik dekat aku. Aku terima baik buruk bff's aku semua. Di mata orang, mungkin sesetengah orang berfikiran negatif dengan cara mereka, tapi bagi aku, aku yang kenal rapat dengan kawan kawan baik aku. Aku tau mereka. Aku pantang orang menilai kawan kawan baik aku dengan pandangan serong. Mereka ada bila aku susah dan senang. Aku tknafikan kadang kadang tu ada juga mengkritik mereka. Tapi bila aku fikirkan dan renung sejenak, aku sebak. Kenapa aku mengata mereka? Kenapa aku mengutuk mereka? Mereka kawan kawan baik aku. Aku sepatutnya terima mereka dengan sepenuh jiwa aku. Kalau aku takpuas hati, aku sepatutnya luahkan pada mereka bukan kutuk mereka. Aku sedih sangat. Aku kawan yang jahat. Aku tau. Aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku taknak kehilangan hampa. Aku nak hampa ada dekat sisi aku sampai bila bila. Aku nak kita macam dulu. RAPAT. Aku sayang hampa semua sangat sangat. 
Tak sabar nak keluar dengan kawan kawan baik aku ni, nak habiskan masa dengan mereka. Rindu dengan gelak, usikan depa, haih rindu sangat sangat :') 
Leganya bila kita dapat luahkan apa yang kita pendam selama ni. Tiba masanya untuk aku berubah. Benda jahat yang aku buat dulu semua dah patah balik dekat aku. Syukur Ya Allah sebab buka mata aku sebelum terlambat. Alhamdulilah! Alhamdulilah! :D
Sorrylah kalau entry kali ni agak poyo sikit, tapi suka hati lah. Hahaha, bye

p/s : Hope mimpi benda baik pasal result.