Mar 10, 2013

Understand me please

Weeee..........

Arghhh lagi 10 hari maaa! Result result! Hanya Allah ja tau betapa cuak dan takot dan gabranya aku. Yela, aku ni dah la tak berapa nak pandai sangat jadi memang la aku takot kalau takdapat result yang cemerlangkan?  Bohonglah kalau taknak dapat result cemerlang. tanya orang gila memang la dia jawab taknak. Tapi aku bukan gila tau. Aku waras. Hahahaha, k saja nak buat syok. Nak hilangkan rasa kegabraan di dalam hati ni. Phewww, rasa nervous dia macam nak ambil result UPSR. Time PMR takdakla cuak sangat sampai cenni. Time PMR , waktu hari nak ambil result tu yang rasa gelabah nak mati, tapi time ambil UPSR, rasa gelabah dia tu dirasa lepas ja aku habis jawab last paper. Haaa, nampak perbezaannya? UPSR dapat straight A's, tapi time PMR dapat 1B. Harap harap SPM ni mengulangi sejarah UPSR lah. Harap la, walaupun dah nampak sebenarnya tanda tanda yang takkan dapat tu. Tapi, siapa tau? Allah ja tau. Mungkin dia taknak bagi sekarang, mungkin dia nak bagi lebih baik nanti. Kita manusia jangan pernah berhenti berdoa. Doa tu senjata umat islam. Cewahh, berdakwah pulak. Please la, jangan nak bash saya. Saya bagitau apa yang saya dengar dari para ulama. 
Okay, dah. Senyap. Hm, kehidupan sebagai pemandu peribadi keluarga ni banyak dugaan wooo! Sebelum ni, eishhhh malu laaa. Hahaha, maluuu nak habaq. Takpa habaq jugak untuk memperjelaskan ya. Okay, yela sejak dah habis sekolah bohonglah kalau tak lena sampai kul 12 tgh hari. Okay, aku buat benda tu. Bila dah terbiasa ni, jadi habit la kan? Jadi bila dah ada lesen ni, tugas nak menghantar dan mengambil di lemparkan dekat aku. Jadi, nak taknak kena buat. Masalahnya, ia menganggu aktiviti tido aku. Sedih wooo. Sumpah sedih. Mungkin orang nak cakap "Eish, takelok la anak dara tidur sampai matahari tegak atas kepala." " Buruk perangai anak dara bangun lewat." "Takda sapa nak masuk meminang la." dan blablablablablablablabla and so on. The question now, "WHO CARES?" I'm young! Young okay?! Dah lama kot tunggu saat ni, tidur tanpa diganggu! Tapi!? Tengoklah apa jadi? Sedihhh. Huh, cooldown baby. Cooldown. Okay! Senyummmm :D

Nerbessssss

Jadi my cutie pie readers, thankyou for reading this rubbish. Bhahaha, actually I have no idea T_____T
p/s : Got the go, meeting my bestfriend. Goodluck to all SPM candidates 2012 yeah.