Feb 8, 2013

New Life

Hai. Assalamualaikum.
Dah la tak coretkan cerita dalam blog. Rindu. Sangat rindu. Apataknya, blog ni dah macam diari,cuma benda yang agak private takda la nak tunjuk dekat orang. Saja nak berkongsi apa yang patut. Tak sangka, pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2013. Maaflah lambat wish 'Happy New Year' , baru ada nafsu nak mengarang. Huihui :)

Bukan apa, selama ni takda benda nak tulis. Kehidupan lepas SPM ni agak kosong. Kadangtu rasa nak cepatkan masa ja. Bila bangun waktu pagi rasa nak cepat cepat jadi malam. Masa terbuang sangat banyak. Tapi masa yang ada nilah saya banyak belajar. Belajar cara untuk hidup berdikari kelak, yelah mana taknya, hari hari kena buat kerja rumah yang takpernah habis. Haih, dah boleh menikah dah ni, Hahahaha eee gatai. Lagi satu sedang cuba untuk belajar mendekatkan diri lagi dengan Maha Pencipta. Yela, cukuplah hidup dalam keadaan terumbang ambing selama ni, lalai dengan duniawi sampai lupa pada yang Satu. Mungkin kejadian kejadian duka yang berlaku disebabkan atas dosa sendiri. Takpa, jika kita sabar menempuh dugaan dan cabaran, InsyaAllah kita akan menjadi hamba yang berjaya. Mana taknya bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. Ingat, kita cuma manusia bukan Nabi. Berusaha untuk berubah memang memerlukan masa tapi cubalah untuk mempercepatkannya. Pepatah ada menyebut 'genggam bara api biar sampai jadi arang'. Jangan pulak kita sekadar 'hangat hangat tahi ayam'. Begitu juga dengan kejayaan. Sepandai manapun kita tetapi kita selalu lalai daripada melakukan kewajipan kepadanya nescaya kejayaan itu tidak akan kekal lama. Termasuklah rasa cinta dan sayang, jika kita mencintai dan menyanyangi seseorang lebih daripada Sang Pencipta dalam sekelip mata rasa cinta dan sayang itu akan mudah luntur. Hebatkan Allah SWT? Dia hanya mahu kita untuk bersikap adil. Lumrah kita untuk rasa disayangi sebab kita memang dicipta berpasang pasangan. 
Memang tak dinafikan terlalu banyak dugaan yang aku hadapi tahun lalu. Sungguh perit. Dengan SPM lagi memang susah juga untuk aku atasi perasaan sakit itu tapi aku gagahkan juga dengan selalu tersenyum dan ketawa bersama sahabat sahabat aku. Kenapa aku gelarkan mereka sahabat? Sebab mereka selalu ada untuk aku. Pemberi semangat untuk aku. Susah nak gantikan tempat mereka, no one can.
Kan mudah kalau memori boleh dipadam macam komputer memadam data. Kan mudah kalau. Kalau ada, bagitau aku ok? Aku nak padam memori pahit. Memori yang sering bermain di kepala otak ni. Kenapa memori macamtu jugak yang perlu dikenang? Ya, memang usah dikenang perkara yang lalu tapi, arghh entahlah. Mungkin ia pembakar semangat aku untuk terus meneruskan kehidupan. Allah memberi ujian sebegitu sebab dia tahu yang hambanya mampu untuk mengatasinya. Mungkin terlalu sedikit pahitnya itu kerana di dunia luar sana masih banyak kenangan pahit yang harus aku telan kelak. Lumrah manusia. Hebatkan Allah? Dia mampu mencipta sesuatu yang luar biasa iaitu Manusia dimana mereka ini mempunyai HATI. Hati merupakan aset yang utama dan tersangatlah penting. Janganlah sesekali kita kotorkan hati. Jaga hati itu,sucikan ia dan senantiasa basahkan ia dengan keimanan dan takwa.

p/s : Sekadar motivasi untuk diri sendiri